Monday, January 9, 2012

~~ open day tadika aryanna ~~

salam isnin semua...huwarghhh..sungguh malas nak p keja pagi tadi..mana x taknya,si ammar malam tadi bnyk kali terjaga la,x cukup tido mama dibuatnya...dok keje bergolek nak meniarap jer...kita yg riso nengoknyer..ada tu sekali,aku raba2 kat katil,tgk dia x da kat sebelah..rupanya,kat hujung nun di bwh kaki,haishh nasib baik x terjatuh dari tilam..haiyaa...

k lah,nak cite pasal open day aryanna jumaat lepas...majlis ni lebih kepada ibu bapa yg baru pertama kali antar anak2 mereka ke taska/tadika ini..kami bagi org lama,dah paham dah cara taska/tadika ni beroperasi...start jam 9.00am..aku awal2 lagi dah tercongok kat sini..aku g sorang jer,en hubby keje...


masa baru2 smpai,belum start majlis..diaorg sedang berada dalam kelas masing2..nampak x aryana tgk dok mengala2 tuh?...actually,diaorg belum start aktiviti belajar sepenuhnya lagi..myb pas ni kot...tudung ungu tuh cikgu aryanna...

close up aryanna tgh dok kaler gambar ayam...nampak mcm tudung masih lekat kat kepala tuh,time ni dah kul 9 lebih...suasana dalam kelas aryanna...dan rakan2 sekelasnya....rajin dia dok tepi cikgu,hehe....


acara majlis dimulakan dgn bacaan doa oleh Tuan Haji Zailani Abd Razak,presiden Kepertama, seterusnya kata2 aluan oleh Pengerusi Koperasi Dr Haji Dasrilsyah Bin Syahrial,taklimat oleh Pengurus Taska /Tadika,Datin Hajah Ramlah Bt Jaffar....setelah semua ucapan2 selesai,ibu bapa dijemput untuk menikmati jamuan ringan dan sesambil tu boleh bersuai kenal antara cikgu2 dan sei lawatan ke semua sudut taska/tadika..aku dah biasa dgn suasana taska/tadika ni,so buat derk je lah,hahaha....
tempat makan diaorg...comel jer meja n kerusi kecik2...
ni rupa kelas tempat aryanna belajar..5 tahun n 6 tahun dok asing2....jumlah budak 5 tahun lebih ramai dari budak 6 tahun,menurut kata cikgunya lah...

setiap org ada kotak peribadi sendiri untuk simpan buku2,apa2 aktiviti yg cikgu bagi,alat2 tulis...bagus gak buat mcm ni,at least diaorg bertanggungjwb terhadap brg masing2 kan...ni box tuk aryanna....
sebelum balik,sempat bergambar kat playground kat dalam tadikanya..siap pegang fail lagi..time ni tudung dah terbang,hahaa...dalam fail tu ada buku aktiviti dan buku perkembangan dia sepanjang tahun lepas.tadika tutup setengah hari sbb majlis ni..jadi ptg terpaksa aku bwk dia ke lab...dah x da org nak jaga,sib baik hari jumaat,paham2 je lah kan,hihihi..

No comments: