15/7/2011(jumaat) - ammar dilahirkan
16/7/2011( sabtu) - aku dan adikku,ila mendapat mesej dari kwn arwah mengatakan bahawa ayah akan menjalani operation pada malamnya dan dikhabarkan kami sbagai warisnya
harus dtg ke hospital dgn kadar segera.masa dapat mesej tu,aku tercengang2 sbb aku x tahu pun yg ayah sakit...ayah x cerita pun pada kami.mula,aku ingat
hanyalah operation biasa jer.
17/7/2011 (ahad)- ibu,dik la,dan adik bongsu ku pergi melawat ayah ku di hospital sultan ismail,johor...en hubby drive...aku x pegi,tapi nenek aku dari kg ada untuk menjagaku.diaorg pergi balik hari,memandangkan cuti pun terhad pada masa tuh.ptg tuh ,aku dapat bercakap dgn ayah buat kaliiiii terakhirrrrr...masa tuh jer,aku dapat mendengar suaranya...sungguh indah kenangan ini...
19/7/2011(selasa) - ila mendapat panggilan dari hospital,mengatakan ayah perlu dioperate tuk kali kedua untuk amik sampel usus nya nak dibuat kajian penyakit apa sebenarnya yg dia hadapi.korang bayangkan la,dlm tempoh seminggu operate,kena operate lagi...memang badan totally lemah la..sian ayah,mcm mana lah agaknya time dia menahan sakit semua tuh..Allahuakbar x dapat ku bayangkan...so,ibu dan dik la yg pegi mengenangkan yg lain susah nak cuti..g naik bas jer,sbb ila x berani nak drive jauh..klu aku sihat time tuh,memang aku nak g sana,tapi apakan daya tuhan dah tentukan takdir ku untuk tidak bertemu ayah wlaupun saat2 akhirnya...
21/7/2011(khamis) - operation kali kedua dijalankan.masa operation pertama,dr simpulkan bahawa usus ayah tersumbat dan sbb itu perut dia sedikit kembung sbb susah nak membuang.ada penah dia call kitaorg sekali,bagitau yg perut dia besar,tapi dia cakap yg dia kena busung..dan dia ada pergi ubat tradisional..masa tuh,x pikir serius la kan...
22/7/2011(jumaat) - subuh pagi dapat mesej dari ila mengatakan ayah dimasukkan ke ICU...sekali lagi hatiku sedih...ingatkan lepas operate kesihatan ayah bertambah sihat,tapi semakin teruk..ila kata mlm tuh,ayah x lena tido,resah sana,resah sini menahan sakit..sian ayahhh...sepanjang di wad ibu n ila berpeluang menjaga ayah di sana ..tapi aku?.......................................
24/7/2011 (ahad) - akhirnya dapat jugak aku pergi menjenguk ayah di hospital..itupun setelah berbincang 2,3 hari lamanya...ye lah dgn keadaaan aku yg masih dalam pantang g,dgn ammarnya masa tuh pun kena kuning lemah jer,risau nak dibawa jalan jauh,memang dugaan sungguh....capai kata sepakat,aku nak g gak..walaupun aku jalan pun x berapa larat,aku x kira aku nak g gak...aku takut ralat sgtttt kalau x dapat jumpa ayah kan...sbb ayah dah masuk ICU,so memang keadaan dia sgt teruk lah...kami pergi 2 biji kereta..mak cik ku satu kereta adik2 ku tumpang sana,aku satu keta bwk nenek,tlg pegang si budak ammar...dah dapat masuk tgk ayah, Ya ALLAH sekali lagi hatiku sedih lihat keadaan ayah..berselirat wayar sana sini dgn mesin2 yg besar gedabak semua..mcm mana lah ayah tahan semua ini,wlaupun ayah x sedarkan diri.. doktor sarankan dia diberi ubat tido supaya dia x terasa beban menahan sakit cucuk sana sini...itu je lah kali terakhir aku dapat tgk keadaan ayah,rupa ayah setelah sekian lama,tapi dalam keadaan sekujur tubuh yg kaku...serius, kurus teramat.....sedihnyaaaa aku....aku nk cakap ngan dia,nak bagitau dia bawah aku sygkan dia,nak minta maaf ngan dia.....tapiiiii semua tu x sempat......aku hanya dapat membelai dan usap kepala dan tgnnya dan hanya berbisik pada nya bahawa aku dtg melawatnya....kalau aku x dalam pantang,mgkin aku dapat menjaga dan bercakap dgn dia masa dia masih di wad biasa....kami semua balik hari..ila n ibu pun balik juga...pasrah je tinggal ayah kat sana,sbb dr pun cakap ayah x kan sedar dlm masa terdekat ni..so,kitaorg pikir,balik ke serdang dulu,uruskan kerja dulu dan mohon cuti lagi nanti...
29/7/2011 (jumaat) - adik no 3,wa pergi ke johor ngan ila melawat ayah lagi,setelah seminggu x jenguk dia...x pasti semasa ketiadaan mereka,ada org dtg melawat atau x..tapi aku rasa ada,kwn2 arwah pasti ada dtg melawat....g naik bas jer....dalam tempoh 2 hari kat sana,ila kata ayah sedar..dan ayah x bnyk bercakap.cuma ada ngadu "sakit,sakit'...siannnya ayahhh....ila bgitau kata minggu lepas kami dtg melawatnya..dan dia seperti paham...saat itu,ila kata bergenang air matanya...masa hari terakhir diarg nak balik(ahad),dr biuskan kan kembali ayah supaya dia tido...
3/8/2011 (rabu) - ila dapat call dari abg mazrul(sepupu kami,anak saudara ayah),dia kata dia ada dtg melawat ayah di hospital,dan dr ada berjumpa dgn dia..dan dr bagitau bahawa kesihatan ayah makin merosot dan mgkin peratus untuk hidup tipis...mgkin x sampai seminggu hayatnya..masa dapat tau perkabaran itu,kami semua dah jadi x senang duduk...klu nak ikutkan mlm tuh jugak ibu n ila nak pegi sana..tapi mengenangkan dah lewat sgt,bulan puasa plak tuh,esok lepas2 subuh diaorg bertolak la...
4/8/2011 (khamis) - bertolak dari serdang jam 8am.naik bas jer....dan masa dioarg di atas bas,dapat panggilan dari hospital bagitau kata ayah dah nazak...x tahulah cm mana perasaan diaorg masa dpt berita tuh,klu aku lah memang aku meraungggg giler..saat adik aku mesej bagitau kat aku pun,aku dah menangis meraung x ingat,siap aku baling bantal lagi..syuhhh sapa x tau,sbb masa tuh aku sorang kat umah,nenek dah balik kg 1 ogos tuh...hahaha...x lama pas tuh, ila dapat panggilan tepon lagi....mengatakan ayah dah kembali ke rahmatullah jam 9.30 pagi.aku dapat mesej jam 11 pagi dari adik bongsu ku,padahal diarog dah tahu awal,aku org terakhir yg tahu..mgkin dgn kesihatan aku mcm ni,diaorg x nak susahkan hati aku..nanti jadi meroyan lak,tapi memang nangis giler2 lah mcm org meroyan dah...huhu......sian ayah,masa dia menghembuskan nafasnya,mgkin dia rasa sedih kerna tiada anak2 nya di sisi..aku x tau lah mcm mana keadaan arwah masa time dia nazak tuh..kami pun x mendapatkan cte yg sebenar dari pihak hospital..sementara diaorg dlm perjalanan,pihak hospital dan kebajikan polis telah menguruskan jenazah,memandikan,mengkapankan,menyembahyangkan...terima kasih lah kepada semua yg telah menguruskan arwah pada hri tuh,dgn adanya kalian,kiranya sempurnalah jenazah arwah ayah..ibu n ila smpai sana kul 12 tgahri..semua dah disiapkan,kemudian terus bawa balik ke balai dan disembahyangkan di sana oleh kwn2 arwah..dan setelah selesai semua,diaorg bertolak balik ke serdang jam 2 ptg..dan sampai sini x silap aku jam 6 ptg..sepanjang perjalanan,hujan teramat lebat,guruh berdentum dentam,menurut cerita adik aku la...kat serdang pulak,mulanya renyai2,tapi saat jenzah arwah ayah smpai,hujan trn dgn lebatnya dan guruh sabung menyabung...disembahyangkan sekali lagi di masjid UPM..ramai saudara2 ayah yg telah sekian lama kami x jumpa hadir pada hari pengebumian arwah...setelah selesai sembahyang,upacara pengebumian..masa tuh hujan beransur reda..alhamdullillah,liang kubur arwah tidak dipenuhi oleh air memandangkan hujan teramat lebat...masa tuh jam dah 6.30 ptg,nak dekat waktu berbuka...mujur lah sepupu aku telah diamanahkan untuk mengurus bahagian makan dan minum waktu berbuka nanti...masa saat pengebumian,aku tiada di masa itu..aku hanya duduk di masjid sahaja..aku berkeras nak ke kubur,tapi ibu aku melarang,memandangkan hari pun hujan,takut terjadi apa2...org kata klu org dalam pantang,x leh kena hujan ?...tul ke?..huhu...jadi aku x dapat nak titipkan di sini,saat pengebumian itu berlaku,aku sedih kerna x dapat nak menjadikan saat itu sbagai kenangan ku....sesungguhnya,walaupun ayah jauh di mata tapi dekat di hati kami semua..AMINNN...
moga titipan ini dapat dijadikan penyembuh lukaku di kala aku merindui mu AYAH.....
AL - FATIHAH
notakaki : ayah telah disahkan menghidap kanser usus tahap 4...ada nama saintifiknya,tapi aku x ingat la pulak ..kemain panjang namanya...x silap aku la, dikatakan sepanjang ususnya tersumbat...
No comments:
Post a Comment