Monday, August 15, 2011

ammar dah sebulan....

hari ni ammar dah sebulan usianya..kejap je masa berlalu kan...pagi tadi bawak ammar g check up sebulan kat klinik seri kembangan...appointment jam 8 am,tapi kami sampai sana nak dekat kul 9 dah..ye lah nak siapkan tu,siapkan ni amik masa jugak kan..nak pujuk aryana g sekolah pun satu hal gak...klu x kena pada gayanya,mau tsunami besar melanda,jawapannya x nak g sekolah lah dia....

sampai2 jer,aku tgk org dah ramai yg menunggu giliran...dah amik nombor semua,sesi membosankan pun bermula iaitu menunggu giliran....tapi aku suka,sbb sambil menunggu sambil leh tgk gelagat anak org lain...hehheh....ammar pun baik je hari ni..tido je dalam stroller merah dia tu kan...

bila sampai no giliran,nurse cek lah apa2 yg patut..kuikuikui...

berat ammar dari 2.86 ke 3.4 kg (alhamdullilah naik wlaupun x bam bam la sgt kan)

panjang ammar dari 49 cm ke 52 cm

lilitan kepala dari 33 ke 36 cm (keciknye eh)

dah cek semua tu,tunggu masuk bilik doc lak..jenuh lah nak menunggu oii..dah la ramai,tempat duduk penuh..sistem no plak boleh time tu lah nak out of service...tunggu la nurse panggil nama hanya berbekalkan suara yg merdu itu (haishh dah la x dgr sgt suara memasing,terpaksa dok tercongok berdiri depan bilik doc nak tunggu nama dipanggil)...sib baik aku x posa,klu x...hehe..tapi penat gak oi,dari pagi aku lum makan ape2 g..ibarat org berpose la gak kan.

siap semua tuh,dalam kul 1 gak la sampai umah kan..haish mencabar tul..x penah pegi lelama cam ni..sabar2....




ammar sebulan....sedap dia tido...huhu...



hepy besday ammar yg ke 30 hari..hehe...x sabar nak raya.nak bawa ammar jumpa org kampung oiii..huhu...

No comments: