antara aktivtii yg diadakan pada malam minggu sesuai utk santai2 bersama keluarga ialah program asyik @ marina putrajaya...diadakan setiap sabtu malam ahad dari jam 8.30 - 11.30 malam....
pelbagai aktviti diadakan...
malam minggu yg bila entah,tulah dah lama sgt x update,ihihihi..mama bwk anak2 ke sini..kami g dalam kul 10 lebih..saja g lewat2 malam minggu kan apa nak kisahnya...lepak la 2,3 pagi pun..hihihi....smpai2 ngam jam kul 10.30,terus ada air pancut berirama..diadakan setiap sejam sekali bermula dari jam 6.30 pm lagi...kul 10.30 adalah sesi terakhir..mujur sempat sampai..mama pun x tahu mulanya,tapi bile emcee tu umumkan ooooo barulah tau..so klu nak dtg tgk air pancut,pastikan datang dlm waktu2 tersebut ye....
cantikkan air pancut berirama ni??
siap bwk bekal nak lepak2 kat sini...
kami berlatangbelakangkan air pancut ni...x silap dia main dalam 15 minit jugak kot...
serabai nya anak bujang mama nih..huhuhu...
malam tu juga ada persembahan nyanyian..tapi x ingat dah kumpulan apa..bukan persembahan artis pun...pas tu ada persembahan silap mata dan persembahan fire eater oleh adik ala x ingat nama dah..budak2 uolsss..kemain berani lagi...
gambar kurang jelas sbb tangkap dari jauh jer...
kat sebelah atas ke arah area2 parking ada lampu2 macam kat icity tu...
lampu penuh di setiap tingkat tangga....
ok ni satu lagi tempat klu nak beriadah bersama keluarga di waktu malam..iaitu di presint 2 depan istana kehakiman tuh...sepanjang jalan kat tgh2 tu akan ditutup setiap sabtu malam ahad..kat sini boleh buat aktiviti seperti main roller blade,basikal,nak kelah2 kat tgh jalan ke ,bwh pokok ke,main badminton ke..anak2 bebas berlari sbb jalan ni mmg ditutup utk laluan tapi kadang2 ada gak sebiji dua mat motor yg degil2 tu boleh masuk ke sini gak..geram je rasa kang terlanggar anak aku siap korang...hahahhaa...rasanya pengawasan kena lebih ketat lagi....
hari minggu baru ni bwk dia main kat sini..dah lama beli kasut roda tuh,tapi just main kat umah jer..asyik berzikir je nak main kat putrajaya..haaa jomlah dah jumpa port nak mainkan...hihihi...
adiknya lum ada kasut roda lagi so main lari2 je lah ia...hahaha..sian adik....
ok ada satu program lagi start 1 mei hari tu iaitu skyride festival kat precint 2 jugak kat monumen alaf baru tuh..tapi mama lum berkesempatan nak pegi lagi..jgn main2 kat putrajaya pun dah ada downtown uolsss....huhu...
ok antara program2 bulan mei ni,
*22 mei - ( hari belia )
* 30 mei - 7 jun (floria putarajaya )
jom beramai2 ke putrajaya..macam2 ada..hehehe.....
No comments:
Post a Comment