Wednesday, March 13, 2013

~~ free tiket ke water world@icity ~~


18,000 tiket percuma bernilai RM700,000 ke WaterWorld@i-City



ONG (kiri), Kim Hong (tengah) dan Jeffri memegang poster kempen Now Everyone Can Slide pada majlis pelancarannya di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Taman tema i-City yang dimiliki i-Berhad menawarkan 18,000 tiket percuma bernilai RM700,000 kepada orang ramai yang ingin memasuki taman tema air WaterWorld@i-City bermula 15 Mac hingga 15 September 2013 sempena kempen Now Everyone Can Slide.
Pengarah i-Berhad, Monica Ong berkata, melalui kempen itu, tempahan tiket hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web www.i-city.my/free dan 100 keping tiket percuma ditawarkan setiap hari.
Menurutnya, setiap individu hanya boleh menempah 10 tiket namun bagi mereka yang tidak berjaya, pihaknya menawarkan tiket tambahan pada harga rendah.
"Kami juga menyediakan 400 tiket tambahan pada harga RM10 seorang dan jika habis, 300 tiket lagi akan dijual pada harga RM15 dan RM20.
"Tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat dan sesiapa yang terlepas peluang ini amat rugi kerana harga tiket asal adalah RM40 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak," katanya selepas majlis pelancaran kempen berkenaan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm#.UT_9NkJsmKk.blogger#ixzz2NOFCidBI 
Hakcipta terpelihara 


p/s hmmm tawaran yg agak menarik....hehe....

No comments: