Tarikh kejadian pada 4 Mei 2010 x akan ku lupakan dalam kamus hidupku...Tepat jam 4.30 ptg,aku menerima mesej dari suami ku mengatakan bahawa 3 batang jarinya remuk terkena mesin kat tmpt keje dia...aku pun x tahu nak istilahkan mcm mana rupa bentuk jari dia tuh..nak kata hancur,x jugak,masih ada rupa bentuk lagi,nak kata putus pun x jugak,so remuk lah kot istilah yg sesuai,hihihi...mcm kaki ayam klu kita ketuk,ha remuk cam tu lah kot...( bak kata suami aku sorang tuh,alahai)...
Setelah aku mendengar perkhabaran itu,hatiku x keruan...smpai x boleh nak cite kat sapa2..hihi...ptg tu jugak bergegas ke hspital ngan pak cik n my family...dah lah hujan lebat ptg tuh,cam tahu2 jer gundah gulana di dalam hati ini...hihi...akhirnya setelah dibuat pemeriksaan,suami aku kena warded selama 4 hari 3 malam di hspital serdang...senang tuk dr nak buat pemantauan ke atas jarinya dan dr putuskan tuk buat minor operation tuk masukkan besi sokongan...Pada jam 7 malam hari kedua di hspital,suami ditolak ke bilik pembedahan....
Pada malam kedua aku dibenarkan utk bermalam di hospital untuk menjaga suami ku..Pas kebenaran di beri sah selama 3 hari hingga 8 Mei 2010.Berkampunglah aku di sini...huhu...dari jam 7 malam,kul 12.30 tgh malam,akhirnya pembedahan selesai...hampir 5 jam ....setelah itu,suami diusung semula ke wad...tapi Ya Allah,hanya Kau je yg tahu...kami berdua x boleh nak tido..suami meraung2 kata sakit sgt2..ye lah fresh after operate, mana x sakit...tpi aku hanya mampu berdoa jer..apa nak buat kan...kesian plok aku tgk...ye lah kita x berada di tempat dia kan...aku cuba tenang2 kan dia,bgi kata2 semangat sikit..kihkihkih....
Pada 7 Mei 2010 ,alhamdulillah suami aku dah boleh discaj...tinggal segala kenangan di hospital itu yg x akan ku lupakan....sekarang nih berulang -alik ke klinik lah tuk cuci luka dia...


after operation.... cuci luka...
Doakan semgoa suami ku cepat sembuh,dan semoga jarinya dapat digunakan kembali seperti biasa...tiada infection ape2...AMINN...
No comments:
Post a Comment