4 sept 2013 (rabu)
-mama cuti jaga ammar demam...actually time ni ammar dah x de muntah seperti sebelum tu..cuma cirit birit jer...satu hari berkali jugak lah....ammar tido jer,lembik...semalam,dah bwk ke mesra,doc kata demam biasa..just bagi ubat,n air garam jika dia cirit n muntah....
5 sept 2013(khamis)
-en hubby amik cuti,mama pun cuti..x leh jadi,ammar makin x aktif lembik...panggil pun dah x de respon....bawak g pk upm,n doc refer ke hosp serdang....g bahagian kecemasan,amik darah..then tunggu masuk bilik doc...then doc terangkan yg ammar kurang garam (potassium),hypokalemia dalam darah akibat dia diarrhea yg bnyk....bacaan 2.4...normal 3.5....terus ke zon separa kritikal amik drip smpai jam 5.30 pm dari jam 11 pagi....doc dtg n terangkan ammar kena tahan wad tuk pemerhatian..mama x suka hsopital sbnarnya,tapi demi anak sakit,terpaksa redha tido hosp...
time ni dia lemah sgt....
6 sept 2013 (jumaat)
-duk kat wad 5b katil 4....masih seperti biasa...x aktif asyik tido jer...masuk air 40 ml + 1 g KCI (potassium) dah berkali2....cirit birit masa tu dah makin kurang,x mcm kat rumah hari tu....
7 sept 2013(sabtu)
-pagi2 subuh doc dtg amik darah..time ni dia tgh tido x menangis dia....tuk cek kandungan potassium dia..mama berharap sgt yg bacaan garamnya akan naik,tapi saat mama dapat tau yg bacaan nya makin turun ,2,4,menitik air mata mama...x sanggup tgk dia kena cucuk lagi....then doc decide kena tambah lagi potassium,so jadi 1.5 g....siangnya tu,ammar macam dah aktif sikit,mau main2 dah....time ni tgn amar dah bengkak akibat drip tuh..then tular ke tgn sebelah kiri lak....
smpai mcm ni sekali doc balut tgn ammar,sian nengoknya..last2 suh nurse balut lain,baru nampak selesa sikit dak ammar,....
dapat belon n tabung harimau tu dari maybank...ada lawatan dari company diaorg....
8 sept 2013
-pagi amik darah lagi..sekali lagi kejadian semalam berulang,menangis2 smpai tersedu haaa...siannya anak mama.....lepas ni jgn sakit2 lagi ye syg..tiap kali tnya,sapa buat dia ckp "oter,oter",doktor la tu...hehhee....menjelang tgahari,nurse dtg membawa kabar gembira,bagitau ammar dah leh discaj..garam dia dah naik,alhamdullillah....
ammar pun dah makin aktif,mau makan n minum,cirit birit pun dah x de..syukur,semakin sihat anak mama......
ni serba sedikit info pasal hypokalemia
Nak tahu apa itu Hypokalemia?
- Ia merujuk kepada keadaan seseorang yang mengalami kekurangan Potassium dalam darahnya
Nak tahu apa itu Potassium?
- Potassium tu amat diperlukan oleh sel badan terutamanya bahagian saraf kita untuk berfungsi dengan baik
- Kita boleh mendapatkan Potassium ni melalui makanan yang kita ambil
- Potassium yang berlebihan akan disingkirkan oleh buah pinggang kita untuk memastikan kandungan mineral dalam badan kita seimbang
- Hypokalemia berlaku apabila kandungan Potassium dalam darah kita terlalu rendah
Apakah punca yang mungkin jadi penyebab Hypokalemia?
- Antibiotik (carbenicillin, gentamicin, amphotericin B)
- Sesetengah ubat yang dikenali sebagai diuretics, yang boleh menyebabkan penghasilan urin yang berlebihan
- Cirit-birit (termasuklah pengambilan bahan-bahan yang membantu memudahkan pembuangan air besar)
- Penyakit yang memberi kesan kepada buah pinggang daripada berfungsi dengan baik (terutamanya dalam mengekalkan keseimbangan Potassium dalam darah contohnya seperti Liddle syndrome, Cushing syndrome, hyperaldosteronism, Bartter syndrome and Fanconi syndrome)
- Pemakanan yang tidak betul
- Perpeluhan yang berlebihan
- Muntah yang berlebihan
- Masalah buah pinggang
p/s sumber yg kaya dengan potassium ialah pisang.....
No comments:
Post a Comment